bgrond

Friday, 28 March 2014

Tolong...aku mohon bagilah kami sekeluarga keajaiban. Aku mohon padaMu Ya Allah

Hari ni sudah hari ke 3 mama belum makan bermakna hari ke 3 juga dia berada dalam keadaan semi coma. Aku xtau apa yg aku sebenarnya rasa..macam2 perasaan ada. Hati seakan mahu pecah!

Beberapa hari lalu aku ada sempat berbicara dgn dia...dia ada peluk aku dan menangis. Mama cakap "mama happy semua anak2 ada sini" masa tu aku mmg mahu nangis tapi aku sedaya upaya menahan. Yg lagi sedih, mama hanya mampu dengar suara2 kami tpi tidak mampu melihat.

Oh ya..baik aku ceritakan apa yg sebenarnya berlaku dari awal mama ditahan d wad. Pada 20 mac 2014..bersamaan hari khamis..aku sememangnya hampir menjadi anak derhaka kerana lebih mementingkan duit daripada tanggungjawab. Pada hari itu aku ada katering...jadi aku minta adik beradik yg lain utk bawa mama buat rawatan di Damai Specialist Centre. Tapi kerana terdapat sedikit masalah teknikal, aku diminta utk ke sana... hampir2 aku x mahu sbb penat tapi dlm keadaan terpaksa aku pergi juga.

Lebih kurg jam 2pm, aku urus segalanya...lama mama duduk d wheelchair utk tgu turn sbb ikut appointment seterusnya jam 2stgh..tapi bila doktor merawat pesakit, x semestinya pesakit itu akan keluar tepar 2.30pm..jdi itu x apa. Lebih kurg 2.45 turn mama...setelah mata mama dirawat, doktor syorkan utk bjumpa doktor Edward Sia utk bt pemeriksaan lain..krna doktor dapati mama sgt lemah.

Di situlah bermulanya cerita. Sebelumnya adik bradik yg lain pernah bawa mama ke hosp kerajaan..tapi apa yg mereka lakukan, mereka x pernah periksa mama secara terperinci... sedangkan mereka tahu mama ada diserang sawan. Jd kami fikir mama begitu akibat gula yg terlalu tgi...sbb bgitulah menurut doktor..rupanya bukan!!

Kami bersetuju mama diberikan rawatan di hosp swasta..kerana doktor mendapati ada "sesuatu" pada paru2 mama.. mulanya aku mmg menutup mata saja lah soal bil d hosp swasta. 
Rawatan mama sudah mencecah hari ke 3 dan masuk hari ke 4 tiba2 mama diserang sawan yg sgt teruk.. masa tu Tuhan saja tahu apa sebenarnya yg aku rsa. Aku x mmpu mengatakan atau menunjukkan apa pun yg aku rsa sbnrnya.. sukar utk aku nyatakan dlm perkataan. Aku bagaikan mati rasa. Perut terasa sakit n kosong..kepala terasa bisa spt hendak dihantuk2 ke dinding...terasa debaran yg sgt hebat d dada dan x tahu bagaimana utk ditenangkan..hati seakan2 mahu pecah.

Namun aku hanya mampu melihat mama bgitu. Di serang sawan tidak henti2.. dr jam 8 pagi hinggan hampir jam 1 tghari... bayangkanlah..kita hanya mampu melihat keadaannnya tpi x mampu menggantikan tempatnya. Bayangkanlah....

Aku cuba hiburkan hati di kala doktor sedang usaha merawatnya.

Lbh kurg waktu mlm..kami diberitahu bahawa mama sbnrnya dlm keadaan kritikal. Ya Allah..dan masih aku x mmpu gugurkan airmata wlu setitis pun..kami masuk melawat mama..hanya dibenarkan 2 org sekali masuk..aku melihat keadaan mama begitu..terbaring dlm keadaan semi koma...lemah 1 bdn aku rasakan tpi aku kuatkan juga hati..

Keesokkan hari, mama masih begitu dan doktor myarankan agar mama dipindahkan ke hosp krjn yg mana lebih pakar dgn pesakit2 spt mama.. mama kemudian ditempatkan d QEH 2. Setelah mama ditahan..doktor memberitahu keadaan mama sekarang kritikal dan mereka sdg cuba sedaya upaya mereka. Aku sbnrnya takut tapi x apa yg mampu kmi berbuat melainkan doa.

Dalam hati, aku mengharapkan keajaiban.

Hari ini, aku lawat mama lg. Terdapat sedikit perubahan. Alhamdulillah. .mama x lagi diserang sawan dan yg lebih menggembirakan hati, dia sudah mampu bernafas sendiri dan bukan lg dlm keadaan semi koma. Ya Allah, aku benar2 bersyukur. Wlupun aku masih lagi mengharap keajaiban tpi perubahan yg sedikit ini juga mampu melegakan hati aku.

Mudah2an mama beransur sihat seperti sediakala..aku benar2 berharap. Tidak! Bukan aku sahaja tpi kami semua..anak2 mama..kami harapkan keajaiban..kami belum puas membahagiakan mama. Belum lagi.

Aku sbnrnya tidak sabar mahu bercakap dgn mama...aku mau katakan pada dia, aku sudah urus Brim mama...aku sdh bank in ke akaun mama..aku ada juga berpesan pada nurse yg jaga mama..kalau mama bangun dari tidur tolong bagitau mama yg aku sudah urus brim mama.. aku mau mama tau supaya dia x perlu risau dan supaya mama dapat menjalani rawatan dgn tenang.

Ya Allah..sesungguhnya Engkau Mengetahui segala isi hatiku. Izinkan kami membahagiakan dia lagi...izinkan kami Ya Allah kerana tidak ada tempat lain lagi utk kami meminta selain dariMu... bagilah kami peluang itu..bagilah kami keajaiban itu.. amin.

We love u mom.

No comments:

Post a Comment