bgrond

Friday, 28 March 2014

Tolong...aku mohon bagilah kami sekeluarga keajaiban. Aku mohon padaMu Ya Allah

Hari ni sudah hari ke 3 mama belum makan bermakna hari ke 3 juga dia berada dalam keadaan semi coma. Aku xtau apa yg aku sebenarnya rasa..macam2 perasaan ada. Hati seakan mahu pecah!

Beberapa hari lalu aku ada sempat berbicara dgn dia...dia ada peluk aku dan menangis. Mama cakap "mama happy semua anak2 ada sini" masa tu aku mmg mahu nangis tapi aku sedaya upaya menahan. Yg lagi sedih, mama hanya mampu dengar suara2 kami tpi tidak mampu melihat.

Oh ya..baik aku ceritakan apa yg sebenarnya berlaku dari awal mama ditahan d wad. Pada 20 mac 2014..bersamaan hari khamis..aku sememangnya hampir menjadi anak derhaka kerana lebih mementingkan duit daripada tanggungjawab. Pada hari itu aku ada katering...jadi aku minta adik beradik yg lain utk bawa mama buat rawatan di Damai Specialist Centre. Tapi kerana terdapat sedikit masalah teknikal, aku diminta utk ke sana... hampir2 aku x mahu sbb penat tapi dlm keadaan terpaksa aku pergi juga.

Lebih kurg jam 2pm, aku urus segalanya...lama mama duduk d wheelchair utk tgu turn sbb ikut appointment seterusnya jam 2stgh..tapi bila doktor merawat pesakit, x semestinya pesakit itu akan keluar tepar 2.30pm..jdi itu x apa. Lebih kurg 2.45 turn mama...setelah mata mama dirawat, doktor syorkan utk bjumpa doktor Edward Sia utk bt pemeriksaan lain..krna doktor dapati mama sgt lemah.

Di situlah bermulanya cerita. Sebelumnya adik bradik yg lain pernah bawa mama ke hosp kerajaan..tapi apa yg mereka lakukan, mereka x pernah periksa mama secara terperinci... sedangkan mereka tahu mama ada diserang sawan. Jd kami fikir mama begitu akibat gula yg terlalu tgi...sbb bgitulah menurut doktor..rupanya bukan!!

Kami bersetuju mama diberikan rawatan di hosp swasta..kerana doktor mendapati ada "sesuatu" pada paru2 mama.. mulanya aku mmg menutup mata saja lah soal bil d hosp swasta. 
Rawatan mama sudah mencecah hari ke 3 dan masuk hari ke 4 tiba2 mama diserang sawan yg sgt teruk.. masa tu Tuhan saja tahu apa sebenarnya yg aku rsa. Aku x mmpu mengatakan atau menunjukkan apa pun yg aku rsa sbnrnya.. sukar utk aku nyatakan dlm perkataan. Aku bagaikan mati rasa. Perut terasa sakit n kosong..kepala terasa bisa spt hendak dihantuk2 ke dinding...terasa debaran yg sgt hebat d dada dan x tahu bagaimana utk ditenangkan..hati seakan2 mahu pecah.

Namun aku hanya mampu melihat mama bgitu. Di serang sawan tidak henti2.. dr jam 8 pagi hinggan hampir jam 1 tghari... bayangkanlah..kita hanya mampu melihat keadaannnya tpi x mampu menggantikan tempatnya. Bayangkanlah....

Aku cuba hiburkan hati di kala doktor sedang usaha merawatnya.

Lbh kurg waktu mlm..kami diberitahu bahawa mama sbnrnya dlm keadaan kritikal. Ya Allah..dan masih aku x mmpu gugurkan airmata wlu setitis pun..kami masuk melawat mama..hanya dibenarkan 2 org sekali masuk..aku melihat keadaan mama begitu..terbaring dlm keadaan semi koma...lemah 1 bdn aku rasakan tpi aku kuatkan juga hati..

Keesokkan hari, mama masih begitu dan doktor myarankan agar mama dipindahkan ke hosp krjn yg mana lebih pakar dgn pesakit2 spt mama.. mama kemudian ditempatkan d QEH 2. Setelah mama ditahan..doktor memberitahu keadaan mama sekarang kritikal dan mereka sdg cuba sedaya upaya mereka. Aku sbnrnya takut tapi x apa yg mampu kmi berbuat melainkan doa.

Dalam hati, aku mengharapkan keajaiban.

Hari ini, aku lawat mama lg. Terdapat sedikit perubahan. Alhamdulillah. .mama x lagi diserang sawan dan yg lebih menggembirakan hati, dia sudah mampu bernafas sendiri dan bukan lg dlm keadaan semi koma. Ya Allah, aku benar2 bersyukur. Wlupun aku masih lagi mengharap keajaiban tpi perubahan yg sedikit ini juga mampu melegakan hati aku.

Mudah2an mama beransur sihat seperti sediakala..aku benar2 berharap. Tidak! Bukan aku sahaja tpi kami semua..anak2 mama..kami harapkan keajaiban..kami belum puas membahagiakan mama. Belum lagi.

Aku sbnrnya tidak sabar mahu bercakap dgn mama...aku mau katakan pada dia, aku sudah urus Brim mama...aku sdh bank in ke akaun mama..aku ada juga berpesan pada nurse yg jaga mama..kalau mama bangun dari tidur tolong bagitau mama yg aku sudah urus brim mama.. aku mau mama tau supaya dia x perlu risau dan supaya mama dapat menjalani rawatan dgn tenang.

Ya Allah..sesungguhnya Engkau Mengetahui segala isi hatiku. Izinkan kami membahagiakan dia lagi...izinkan kami Ya Allah kerana tidak ada tempat lain lagi utk kami meminta selain dariMu... bagilah kami peluang itu..bagilah kami keajaiban itu.. amin.

We love u mom.

Friday, 21 June 2013

Bila kehilangan.....

Pagi ni agak teruk jg la perasaan aku... terasa kecarian. Terbayang2 aku pada bapa ku yg terbaring keseorgan d sana. Ikut akal bodoh ku, aku terasa ingin dtg padanya dan nangis sepuas2nya tapi bkn itu yg bapa ku mahu dr anknya.

Bila waktu kenduri, org sekeliling ku tdk putus2 crita ttg bapa. Siapa dia, apa perjuangannya selama hidup dan kebaikkn2nya...tapi jauh di sudut hati aku... aku merasa terpukul. Bkn itu yg aku mahu dgr. Bkn itu yg mampu membuatkan aku bangga.

Jauh d sudut hati aku..yg aku mau dengar..apa ka perjuangan kita pd bapa selama dia hidup. Itu!!! Seribu kali pun kita bicarakan soal dia tp jika x ada perjuangan kita dlm hayatnya dulu, x ada maknanya.

Jd...aku lbh suka pd mereka2 yg berdiam diri. Seperti aku. Aku cuma diam... dan beberapa org lg yg spt aku..atau aku yg spt mereka. X kisah la.

Apa yg aku tahu...pemikiran kmi adakalanya sama. Diam bkn bermakna x igt. Diam bkn bmakna x syg. Tp lbh baik kita sedar bahawa hidup ini perit mcm mna pun, harus dilalui. Siapa yg x rsa kecarian? Siapa yg x syg? Siapa yg tidak sakit yg paling dlm menusuk d dada?

Sakit tu sehingga ke tulang...dan bila terasa sakit sebegitu...ada yg smpi mengalirkan airmata..tp lagi perit bg mereka yg mampu menahan airmata namun merintih d dlm dada. Jeritannya dlm hati lg kuat berbanding suara2 yg kedengaran d telinga...dan bila tertawa...seolah tawa itu dilepaskan bersama2 sebak d dada. Sakit bukan main.. sakitnya seolah2 bila kita terdengar azan subuh, di saat tulang belulang kita d salut kedinginan dan jiwa kita merintih kepiluan kerana rindukan seseorg yg kita x cukup berjuang selama hayatnya masih ada...

Sakit! Benar2 sakit.

Klu kmu tny aku..sm ada aku okay atau x okay...yg mmpu aku jwb hanyalah okay. Tapi mata ku masi terbayang saat2 terakhir aku bersama bapa sehingga ke nafasnya yg terakhir. Dr senyumannya yg terakhir...ucapannya yg terakhir...airmatanya yg terakhir... jatuhnya yg terakhir...tidurnya yg terakhir...sehingga perginya dia...semua itu dlm ingatan ku dan aku x ingin semua itu terpadam...sbb itu la perjuangan aku yg terakhir dgn bapa.

Jujurnya..beberapa hari lalu tiba2 mertua laki ada bawa seorg kawannya yg seumur bapa ku ke rumah... katanya kawan lama. Apa yg menyedihkan aku sehingga mampu mengalirkan airmata..saat pakcik itu plg,dia melambai aku...dan caranya melambai sm seperti bapa ku. Fuhhhhh....

Hati pedih..mata pedih.

Sekarang ini yg mampu aku bt... mengenang kembali perjuangannya utk panduan ku pd masa ini dan masa akan dtg. Tiada kata lagi yg mmpu aku ungkapkan selain Al Fatihah bt bapa ku yg aku rindui. Al Fatihah.

Wednesday, 12 June 2013

Selamat Hari Bapa buat ayahandaku yang tercinta...

Sesungguhnya Allah lebih menyayangimu, pa. Aku pasrah walau hati sbnrnya masih mahu bapa berada di sisi.

Aku cuba utk tidak menangis tapi aku x mampu. Aku tidak kuat. Semua org kata menangis itu x baik utk mereka yg sdh pergi.. tp aku masih x mampu utk menahan drpd menangis. Kenapa?

Kerana..aku masih tertanya2.. lepas ini aku mau hantar makanan dgn siapa, pa? Sdgkan sblm ni..aku slalu dtg ke rumah bapa utk hantar beberapa jns lauk utk santapan beliau. Mungkin aku jht sbb aku cuma niat utk bg bapa aku sj..bkn abg2 aku yg ada d sna..

Ok..mst kmu hairan kenapa perlu aku hntr makanan sdgkan ada jga abg2 aku yg lain. Itu..terpulang pd pemikiran masing2 utk menganggap apa shj..yg pastinya...aku bt smua itu krna syg pd bapa ku.

Aku critakan sdikit pengalaman aku dgn beliau sblm hari kejadian. Sbgi pembuka crita..selepas shj PRU 13 tempoh hari, aku sdh mula tercari2 dia. Awal pagi lg aku dtg jenguk ibubapaku d flat yg mereka tgl. Bapa aku trs tersenyum dan penuh smgt bcerita psl pengalaman beliau mengundi. Masing2 rsa bahagia. Lebih2 lagi bila mendapat khabar yg abg iparku menang dan jadi Ahli Parlimen.  Dia mengucapkan syukur. Katanya...dia x henti2 berdoa utk ank menantunya itu. Syukur Alhamdulillah, pa..doamu termakbul. Cita2 menantu mu itu termakbul dan harapan bapaku jg semoga kejayaannya dpt dikongsikan bersama...wlu sbnrnya hati kecilku tahu...itu mustahil tp aku cuma membalas dgn kata2 yg tidak mengecewakan beliau. Aku ckp...ya jgn risau. Dia x akn lupakan kluarga kita..mst dia akn tlg. Bapa ku jga ada ckp ttg janji menantunya bt beliau ttg Haji... dpt aku lihat dr sinaran matanya yg dia sungguh2 berharap. Insha Allah, pa..cita2mu akan tercapai biar bapa sdh tiada. Aku janji utk berusaha agar cita2mu tercapai. INSHA ALLAH.

begitu la aku pd hari2 seterusnya. Aku terasa slalu ingin dtg menjenguk beliau. Bkn siapa2. Bkn mama aku..bkn abg2 aku mahupun ank2 buah aku. Tp hati aku cuma ingin melawat beliau.

Namun ada beberapa hari seterusnya..aku x dtg lagi. Sbb suamiku terlalu sibuk bekerja dan aku pula terlalu sibuk membantu kakakku. Shinggalah pada hari kakakku ke KL...klu x silap pd 25hb mei... aku kembali punya ruang utk melawat bapaku.

Hari pertama aku dtg... aku lihat bapaku terbaring d atas lantai. Mungkin dia penat. Sbb dia mmg sdh uzur. Wlu masih mampu bjalan dan bt pkerjaan rmh tp ttp aku dpt lihat betapa uzurnya dia. Dtg sj aku..mama aku trs memanggil bapaku dan mengatakan aku sdh dtg. Masih aku igt ayat pertamanya... "eh fara.. lama sdh dtg?" Trs wajahnya tersenyum gembira. Aku trs menghulurkan 2 plastik bungkusan makanan. Aku pgl ank buahku supaya sediakan utk bapaku.  Crita2 skjp kmudian aku bawa mama aku jln2.

Esoknya aku dtg lg... dan begitu la hari2 seterusnya. Aku dtg lagi dgn makanan2 yg aku beli direstoran berdekatan. Pd hujung minggu pl aku dtg awal pagi dan hntr soto serta lauk2 lain. Dlm hatiku..aku mau bapaku sentiasa mkn yg sedap. Ternyata rupanya itu merupakan tanda2 beliau ingin meninggalkan kami smua bt selamanya.

Sehinggalah ke suatu hari..aku x dtg pd sblh pagi. Mlm bru aku berkesempatan utk dtg. Aku sempat masak nasi dan beberapa lauk utk dia. Ya Allah sesungguh Engkau Maha Mengetahui dan Maha Penyayang...kerana engkau terlalu sayang pd ayahku..Kau bukakan hati aku utk membuat santapan terakhir bt bapaku. Sungguh aku mengagungiMu Ya Allah.

Ya..itu lah santapan terakhir dr aku bt bapa...aku btul2 x mampu lupakan saat itu. Sempat aku singgah wmke KFC beli beberapa ketul ayam. Aku tahu bapa aku paling minat ayam KFC. Pd ketika itu hari hujan renyai2... biasanya aku ni mls turun atau singgah ke mana2 klu hujan tp mlm itu smua mampu ku redah. Kuasa Allah..tidak siapa mampu menghalang. Dia buka hati aku agar bagi peluang kepada bapaku merasa lauk2 kegemaran beliau..

Smpi shj aku d sna..bapa aku mengatakan beberapa kekecewaannya terhadap abg2ku. X perlulah aku critakan dgn lebih lanjut ttg itu. Tp cukuplah aku katakan...airmatanya mengalir. Aku mengosok belakang bapaku utk beri dia ketenangan. Aku jg bagi isyarat pd abg2ku supaya diam... lalu aku mengangkat kembali makanan yg aku bawa dan bawa bapaku kluar dr sna. Aku pimpin dia turun tangga. Stiap kali turun..nafas dia turun naik. Aku suruh dia berehat dan urut2 blkg. Sesampai di bawah skali..katanya dia mahu jln sdri. Aku memperlambatkan lgkh sbb aku tahu kaki bapaku sakit. Tapi dia pula mahu percepatkan lgkh. Aku tahu niatnya x mahu myusahkan anknya kerana langkahnya yg lmbt. Sbnrnya..  aku x kisah pun. Sbb aku tahu kaki dia sakit. Aku balik2 igtkan bapaku utk perlahankan lgkh.

Kemudian..aku hntr beliau ke rumah abgku. Ke rumah abg aku ni pun perlu naik tgga. Tercunggap2 jg bapa aku naik. Aku menyokongnya dr blkg. Smpi shj d rmh abgku...dgn pantas abg aku ambil air dan mghulur pada bapaku. Lalu aku critakan sgalanya. Dan abg aku x membenarkan bapa aku utk plg lagi ke rmh abg2 ku yg satu lg. Syukur..aku tahu pd mlm itu bapa aku pasti berasa selesa....

Namun keesokannya... awal pagi lg abgku menghantar text. Katanya... bapa mahu minta tlg aku bawakan dia ke bank..dia mau ambil duit dan mahu ke pasar sbb mama ku mau plg. Aku balas..aku x dpt sb hari ni aku perlu hantar seorg abg ku ke airport dan kemudian perlu packing barang suamiku kerana dia juga akn ke KL ptf itu. Aku kmudian minta abgku contact kakak kmi yg tua. Syukur alhamdulillah... kakakku punya ruang. Jd pd hari itu bapa aku sempat bjalan2 dgn mama, kakak dan abg aku. Menurut crita mereka..bapa aku ajak makan soto. Dia juga terasa mahu minum cola tp dihalang oleh kakakku krna tkt akn kesihatan beliau. Jd bapa ku ckp.."minum teh la" hehe...

Tp kuasa Allah tiada siapa mampu halang. Mlm itu dtg pl bekas menantunya ke rumah dgn membawa lauk2 kegemaran bapaku... ikan bakar dan chicken wing...dan COLA. Ya Allah... niat bapaku termakbul lgi. Dia dpt minum cola wlu segelas. Aku pla x dtf pd hari itu kerana kesihatan aku x berapa baik. Lalu aku minta bantuan mertuaku utk jga ank aku dan bawakan dia tidur dan minta bantuan kakak iparku utk mghantar aku ke klinik.

Ya Allah..di sana lah bermulanya cerita... bru shj buka pagar..aku mendapat panggilan telefon dr kakak ku. Katanya bapa jth pengsan. Dgn pantas aku katakan pd kakak iparku sambil nangis2 lg supaya hntr aku ke rmh bapaku. Aku telefon abgku pl. Aku
Ckp mau tahu situasi bapa ku saat ini... katanya mereka dibantu paramedik dan sdg tunggu ambulan. Sesampai sj aku...Ya Allah..aku lihat badannya seolah2 mati. Air liurnya mengalir keluar. Matanya sedikit terbuka.. aku memanggil2 dia... ku lihat airmatanya mengalir. Tapi x mampu berbuat apa2. Dia x bergerak mahupun bercakap  aku panggil lagi..aku bisik ke telingganya..dia menyahut "hmm" aku tahu dia berusaha hati utk myahut. Aku sapu airmatanya wlu ketika itu aku juga deras menangis.

Tidak lama kemudian ambulan dtg.. beliau terus diangkat ke hospital damai. Kami menunggu dgn niat dan harapan agar bapaku pulih dan tiada apa yg serius. Beberapa jam berlalu... kakak iparku ckp sementara waktu dia mahu bawa aku ke klinik...sbb aku juga kurg sihat. Lps dr mdapat rwtn doktor..aku dtg lg ke hosp.. blm ada kptsn dan doktor ingin mengunakan ct scan pl... akhirnya aku plg pd jam 2am... kakak2ku suru aku berehat.

Pd pagi subuh..aku mendapat sms..   mmg pd hari itu aku lgsg x tdr. Rasanya mahu berkali2 aku kluar bilik dan memerhati pagar rmh..aku terasa bapaku dgn gembira memberitahu aku bahawa dia sdh sihat..dia x sakit dan dia kelihatan muda. Aku terasa seolah2 bayangan itu benar. Namun...menurut sms kakak ku... bapaku sdg koma. Dia mengalami brain damage. Dia x boleh dibedah dan jika dia survive dlm 48hrs itu dikira miracle. Ya Allah.......airmata deras mengalir.

Sesampai shj d hosp...aku balik2 memujuk pihak hospital agar bg kebenaran utk aku menemui bapaku. Lbh kurg jam 12 aku dpt masuk... aku x mampu menahan airmata melihat keadaan dia. Di sambung bantuan pernafasan... di cucuk sna..cucuk cni... sdgkan aku tahu bapaku paling tkt jarum dan ubat2 hosp.

Aku balik2 igtkan doktor tersebut..aku ckp bapa aku rasa sakit ka tu ar sbb dia tkt jarum... doktor ckp dia x rsa apa2 sbb kami bg dia ubat tdr.

Mlm itu aku dtg lg... smua kmi dtg... masing2 membacakan yassin. Ank buahku pula asl masuk waktu solat, dia membantu bapaku utk mengambil wudhuk. Wlupun bapaku terbaring x sedar apa2..tp ank buahku ttp buat. Dan membisikkan ke telinga beliau utk memberitahu sdh masuk waktu solat.

Aku plg ke rumah sebentar...bila teringatkan ank ku juga sakit. Namun...pd sekitar jam 12lbh tgh mlm... abgku telefon..suru aku dtg hosp. Aku trs menangis...dgn pantas ke hosp. Aku lihat heartbeat sdh menurun. Kemudian smua adik bradik ku smpi... dtg jg yg dr jauh... smua sdh ada... kmi hanya melihat heartbeat melalui mesin..kerana wajah bapaku tetap tenang. Dan dia tetap kelihatan segar dan wangi. Seoalah2 baru mandi..baru lepas berwudhuk. Ya Allah aku sdh pasrah utk melepaskan beliau pd saat itu
. Masing2 mereka membisikkan pd bapaku... hanya aku..tiada kata mampu keluar. Hatiku shj merintih..aku berkata2 dlm hati. Aku meminta ampun dan maaf tp x ada sepatah ayat pun kluar dr mulutku..hanya hati shj mampu bkata. Aku menangis dan memeluj dia..mencium pipi bapa ku yg sdh sejuk. Dia berbau wangi...

Dan tiba2.... disebalik wajah bapaku yg tenang itu... mesin sdh menjadi 0........ dan hanya kelihatan smua garis berubah menjadi ------------

Aku trs menangis dan menangis. Inikah pengakhirannya.tnp menunggu lagi aku trs memanggil doktor... 3x doktor cuba bt ujian... keputusan tetap sma... dan dgn beray hati doktor katakan... im sorry...  Ya Allah...  innalillahwainallillahirohjiun....
Bapaku telah pergi...menemui Mu Ya Allah.

Seawal pagi lagi kami bergerak ke papar... menungguh kedatangan bapaku utk dimandikan..dikapankan dan disembahyangkan. Rezeki bapaku mmg melimpah ruah..Allah benar2 menunjukkan kasihNya pd bapaku... sgala urusan kami berjalan lancar. Dr mencari kereta jenazah..di mana 3 van menawarkan diri utk membantu... smpi shj dipapar sgalanya sdh tersedia... rmi org2 kampung bersedia.. dan yg paling aku kagumi lagi... tempat permandian jenazah itu baru. Mereka sdh bt 3 bulan yg lalu utk penghuni2 d kg sri tanjung. Dan ternyata bapaku penggunanya yg pertama. Allah menyediakan sebaik2 mungkin bt bapaku. Terima kasih Ya Allah.

Menurut crita org yg memandikan beliau.... kata mereka seolah2 bapaku sdh dimandikan. Wajahnya ceria dan tersenyum. Kulitnya bersih dan berbau wangi. Jirus yg pertama, tidak ada satu najis pun yg kluar... katanya... kmu lihat lah amal beliau..kmu sdri nmpk di hadapan kmu..jirusan kedua ini. Tetap x ada satu najis pun terlihat malahan air itu tetap bersih. Sungguh aku bersyukur dan bangga pd bapaku. Dia pergi dgn membawa maruah yg tidak ada bandingannya.

Saat dia dikapankan..smuanya berjalan dgn lancar. Tetap mukanya kelihatan senyum. Tidak ada seekor lalat pun berani hinggap dkain kapannya. Bapaku yg begitu besar pun tetap kelihatan terlalu ringan.

Hujan menjadi semakin2 menggila. Kami meneruskan jga perjalanan ke kawasan pengebumian... sgalanya sdh tersedia.. org2 kampung yg kami x knl pun ada..membantu persediaan persemadian. Rahmat Allah..pd saat bapaku ingin dikeluarkan dari van jenazah...hujan yg lebat menggila tiba2 terhenti... perjalanan ke tmpt psemadian bjalan lancar tanpa setitis hujan. Shingga la kami smpi d sana... kubur bapaku seolah2 tidak basah..seoalh2 tidak disentuh hujan. Ya Allah sungguh Engkau sayang bapaku. Smuanya berjalan lancar dan pantas. Aku melihat dia.. mukanya d buka utk menghadap kiblat. Ya Allah..tersenyum bapaku seolah berbaring di atas tilam yg empuk dan selesa...  seolah2 dia sdh berada dirumahnya. Airmataku deras mengalir.... selesai shj tanah menutupi rumah bapaku...  hujan terus turun dgn deras. Skali lagi aku benar2 bangga pd bapaku... hujan pun tkt menyentuhnya.... tapi menangisi pemergian org sebaik dia d bumi ini...

Sgalanya berjalan lancar... aku sdh melangkah pergi..tp kemudian aku melangkah balik ke rumah bapaku... aku katakan aku syg padanya...aku mungkin x dpt hantar makanan lagi dgn bapa tp aku tahu bapa sgt syg mama dan aku ttp jaga isteri kesayangan bapa. Itu kataku dlm hati.

Bercerita sedikit ttg bapaku.. 
Dia org Banjar. Slalu bcakap soal agama. X suka meminta2... dan slalu menutup aib anak2nya...dia juga slalu memuji2 anknya wlu dia x prnh hidup selesa spt ank2nya...
Dia x prnh skalipun tgl sembahyang..x prnh tgl puasa 6... semasa dia terkena angin ahmar dlu pun dia x pernah tgl sembahyangnya.... cintanya pd agama terlalu tinggi. Dan amalnya itu diperlihatkan pd kami...dan juga org2 kampung yg sblm ni x knl bapaku... kami bukan berasal dr papar. Kakak aku tgl di papar krna berkahwin org sna..amatlah jrg jika org yg x dikenali meninggal yg bkn berasal dr kampung twrsebut tp rmi2 diuruskan oleh org kampung sana sdgkan mereka x knl siapakah bapaku.kiranya rezeki bapaku dpt disemadikan di sna. Sungguh Engkau menyayangi bapaku..ya Allah.

Hari ini...aku masih begini. Aku x mampu menahan tangisan.  Skjo2 menangis. Aku terasa ingin dtg pd bapaku spt hari2 sblmnya..bawakan dia makanan dan melihat senyuman cerianya.

Thursday, 30 May 2013

Hidup

Kadang2 kita x fhm kenapa kehidupan seseorg harus mcm ni harus mcm itu
. Kita x akan fhm kalau kita bkn mereka.
Cuba tutup mata sebentar dan rehatkan minda.....

Syukurlah kalau mampu rehatkan minda. Maknanya kita masih dlm situasi yg baik. Memiliki kehidupan yg baik. Di saat kita mampu rehatkan minda kita dr sebarang kerisauan..dunia tetap penuh dgn tangisan. Penuh dgn senda tawa..penuh dgn api dendam dan penuh dgn pelbagai rasa lagi...

Rasa itu bkn yg kita rasa. Suara tangisan, ketawa bahagia mahupun peperangan itu sdh pasti bkn yg kita dgr..tp kita dapat membayangi suara atau rasa itu JIKA kita sedar bahawa inilah dia erti HIDUP.

Kita mencipta kehidupan kita. Kita juga mampu mencipta kehidupan org disekeliling kita. Setiap org sebenarnya mampu mencipta kehidupan org lain. Mereka mencipta dgn KUASA. Bkn magic..tapi KUASA DUNIA. Kdg2 mereka mencipta kehidupan yg positif. Memberi kebaikan pd kehidupan mereka dan org lain. Kdg2 juga mereka mencipta kehidupan negatif. Semua ni berlaku sm ada dlm sedar atau kurg sedar.

Namun yg demikian... kehidupan apa pun yg kita sdg lalui... susah atau senang... sy percaya, jika kita berbekalkan usaha, yakin dan berani...tidak ada sesiapapun yg mampu menghalang bahkan mengawal perjalanan hidup kita.

Perjalanan mmg sgt panjang..ada yg merasa perjalanan hidup masi jauh lg.
Dekatkan lah dengan TEKAD.

Salam.

Monday, 8 April 2013

Apa itu first lob??

Selalu jwpn org klu kita tny ttg first love mst mereka ckp 'boifren pertama' yaiiii...

Ada yg ckp :

-sy x dpt lupakan dia sbb dia 1st luv sy
-ohh itu llaki/ppuan cinta pertama sy

Ni antara statement org2 yg slh agp ttg erti first love... sedangkan 1st love itu sbnrnya :

Seseorg yg kita tak bole hidup tanpanya tak kira la dia yg ke 5 ka ke 9 ka ke 26 ka atau ke 100... seseorg yg bt kita rsa sempurna..seseorg yg kita rasa kita hidup...dan seseorg yg bt kita x fikir ttg org2 sebelumnya.

Yg ini la first love...

Klu boifren tu bf kmu yg pertama dan kmudian kmu ada kedua ketiga dan keempat atau seterusnya... itu bkn first love tapi sinta munyit..hihihi

Saya Tidak Berkempen.

Lucu juga bila dapat inbox seseorg yg kini sy hny dapat menamakan dia sbgi 'facebook user'

Katanya :

Sibuk berkempen? Berapa bayaran kmu dapat? Duit haram tu.

Hmm.. jd kiranya facebook user tu sdh slh tafsir dgn post2 sy d facebook.

Ya, sy akui sejak pembubaran hari tu sy bnyk membuat post memuja muji kerajaan. Seperti ianya bukan mjadi rahsia lg siapa pilihan saya. Dan sy juga sdh set dlm fikiran sy, apapun yg yg bakal 'pemikir2 jalanan' spt sy ini mau komen dlm post sy, sy harus menerima dgn tenang dan terbuka since yg post2 sy juga terbuka pd kwn2 serta kenalan2 facebook sy. Tapi itu bukan bererti anda smua harus 'hit & run'

Sikap 'hit & run' ni la ptt dikikis. Hit and run yg sy mksdkn di sini adalah... ikut sedap mulut you all bcakap dlm inbox n block. Sbb tu sy mgelar dia facebook user krna nama itulah yg terpampang tnp wajah. Huhu...hakikatnya sy kena block. Kena block tu sy x kisah tp bg la sy ruang mjawab dlu beb...tp ya la bila difikir2 x kisah juga.

Well, sy ingin mjawab inboxnya...

Bagi saya, saya bukan berkempen. Bkempen klu mengikut apa yg sy tahu seperti jln2 bwa sepanduk ka..masuk kluar kampung jmpa2 org terangkan usaha2 murni krjn.. misi bg bantuan dan sebagainya. Pendapat sy , itu yg dinamakan bkempen. Apa yg sy bt d facebook sy ni lebih kepada semangat juang utk diri sdri... share dgn kwn2 seperjuangan sy ttg apa yg sy fkr dan rsa ttg krjn. Apa yg myeronokkan sy...apa yg sy perlu dan kepimpinan mana yg sy sokong. Untuk melakukan seperti ini, semua org pun bole. F.O.C. Tanpa bayaran. Dan sesiapa yg ckp sy dibayar utk ini, maybe sbb parti yg dia agung2kan tu ada bt bayaran pada org2nya sbb tu disangkanya sy slh seorg drpd nya.

Utk pengetahuan you all juga..biasalah...kan skrg keadaan sedang 'panas'... jd org2 seperti kita yg tidak bertauliah la ni kiranya..dan sy akui ada sikap2 'copy n paste' jg la pasti akan banyak berbicara soal politik soal pru13.. tak kira la dlm fb atau luar fb

Sama jg mcm Ops daulat d LD. Semasa keadaan masi panas dlu, smua org sibuk memperkatakan hal tersebut. Jadi ini adalah lumrah.. bukan kempen bukan berbayar.

Saya...baik sy perkenalkan diri sy dlu sblm sy meninggalkan korg mjadi tnda tny. Sy pny minat dlm politik bukan tahap max. Minat mmg kurg. Mgkali dlm 20-30% sj. Lps pru abis la modal sy utk berbicara soal politik. Sy akn berbicara soal lain pl. Tp klu mau tahu apa perkara yg paling sy minat, khidupan keluarga. Hari2 klu you all perasan d fb sy, klu bkn ttg mika, sy pasti akn share ttg menu harian sy... atau apa la aktiviti. Yg ni la minat sy. Ok jgn pula tuduh sy kempen isteri mithali ya. Ni bukan kempwn..tp perjuangan sy dlm hidup sy.

Note : jgn you all sikit2 mahu slh fhm ttg post org. Klu sdh terslh judge alangkah bikin malu tu kawan...

Salam perjuangan utk kita smua pemikir2 jalanan.

Singgah2 la cafe sy d Bakery Story ya. My stormId :alitafareez. Add me yo!!

Sunday, 20 January 2013

Tentang Rasa






















 - Nothing Is Over Until You Choose To Give Up -
Dear Family, We may have arguments and fights sometimes,
but there's one thing that you all should know..
I will love you all dear family,
forever and always.


kadang2 kita x perlu cakap apa2pun..kita biar apa yg kita rasa hanya menjadi apa yg kita rasa sj. 
kadang2 kita fikir lebih baik begini.
kadang2 apa langkah yg kita telah lakukan adalah yg bukan kita inginkan.
tapi kadang2 kita terpaksa sbb kita sdri x tertahankan.

diluar kemampuan kita kalau org x mahu mengerti apa yg kita rasa
diluar kemampuan kita juga utk lakukan perkara yg sebenarnya membikin hasil lebih mengecewakan, menyakitkan...
kadang2 org fikir...masa depan pasti cerah seperti yg telah dijangkakan... 
mati rasa atau mati akal? 
sedangkan aku tahu... kesudahan 'happy ending' hanya berlaku di dalam novel atau drama2 sinetron..
tapi memang betul..bila rasa itu sudah mati, maka kita serahkan jalan kehidupan kita seperti dlm buku2 novel..megharapkan happy ending.

sakit dihati, ya..aku tau.
tapi lagi sakit rasanya bila kita tahu kita terpaksa menyakiti..
rasanya seperti..
bila kita tutup mata, rasa itu menusuk ke hati hingga ke tulang..
tau rasa itu?
rasa itu seperti bila kita rindukan seseorg sepenuh hati..
rasa itu seperti kita cintakan seseorg setulus hati..
rasa itu juga bila kita rasa kesepian...wlu dikelilingi ramai org..

tapi kadang2...
kita hanya mampu tarik nafas panjang2..
dan lepaskan ia pergi..seperti apa yg kita rasa..
sbb rasa itu biar hanya jadi apa yg kita rasa sj..
x perlu kita kongsi sbb kita tahu
utk mereka benar2 faham..
x mungkin berlaku

Ya Allah