bgrond

Friday, 21 June 2013

Bila kehilangan.....

Pagi ni agak teruk jg la perasaan aku... terasa kecarian. Terbayang2 aku pada bapa ku yg terbaring keseorgan d sana. Ikut akal bodoh ku, aku terasa ingin dtg padanya dan nangis sepuas2nya tapi bkn itu yg bapa ku mahu dr anknya.

Bila waktu kenduri, org sekeliling ku tdk putus2 crita ttg bapa. Siapa dia, apa perjuangannya selama hidup dan kebaikkn2nya...tapi jauh di sudut hati aku... aku merasa terpukul. Bkn itu yg aku mahu dgr. Bkn itu yg mampu membuatkan aku bangga.

Jauh d sudut hati aku..yg aku mau dengar..apa ka perjuangan kita pd bapa selama dia hidup. Itu!!! Seribu kali pun kita bicarakan soal dia tp jika x ada perjuangan kita dlm hayatnya dulu, x ada maknanya.

Jd...aku lbh suka pd mereka2 yg berdiam diri. Seperti aku. Aku cuma diam... dan beberapa org lg yg spt aku..atau aku yg spt mereka. X kisah la.

Apa yg aku tahu...pemikiran kmi adakalanya sama. Diam bkn bermakna x igt. Diam bkn bmakna x syg. Tp lbh baik kita sedar bahawa hidup ini perit mcm mna pun, harus dilalui. Siapa yg x rsa kecarian? Siapa yg x syg? Siapa yg tidak sakit yg paling dlm menusuk d dada?

Sakit tu sehingga ke tulang...dan bila terasa sakit sebegitu...ada yg smpi mengalirkan airmata..tp lagi perit bg mereka yg mampu menahan airmata namun merintih d dlm dada. Jeritannya dlm hati lg kuat berbanding suara2 yg kedengaran d telinga...dan bila tertawa...seolah tawa itu dilepaskan bersama2 sebak d dada. Sakit bukan main.. sakitnya seolah2 bila kita terdengar azan subuh, di saat tulang belulang kita d salut kedinginan dan jiwa kita merintih kepiluan kerana rindukan seseorg yg kita x cukup berjuang selama hayatnya masih ada...

Sakit! Benar2 sakit.

Klu kmu tny aku..sm ada aku okay atau x okay...yg mmpu aku jwb hanyalah okay. Tapi mata ku masi terbayang saat2 terakhir aku bersama bapa sehingga ke nafasnya yg terakhir. Dr senyumannya yg terakhir...ucapannya yg terakhir...airmatanya yg terakhir... jatuhnya yg terakhir...tidurnya yg terakhir...sehingga perginya dia...semua itu dlm ingatan ku dan aku x ingin semua itu terpadam...sbb itu la perjuangan aku yg terakhir dgn bapa.

Jujurnya..beberapa hari lalu tiba2 mertua laki ada bawa seorg kawannya yg seumur bapa ku ke rumah... katanya kawan lama. Apa yg menyedihkan aku sehingga mampu mengalirkan airmata..saat pakcik itu plg,dia melambai aku...dan caranya melambai sm seperti bapa ku. Fuhhhhh....

Hati pedih..mata pedih.

Sekarang ini yg mampu aku bt... mengenang kembali perjuangannya utk panduan ku pd masa ini dan masa akan dtg. Tiada kata lagi yg mmpu aku ungkapkan selain Al Fatihah bt bapa ku yg aku rindui. Al Fatihah.

Wednesday, 12 June 2013

Selamat Hari Bapa buat ayahandaku yang tercinta...

Sesungguhnya Allah lebih menyayangimu, pa. Aku pasrah walau hati sbnrnya masih mahu bapa berada di sisi.

Aku cuba utk tidak menangis tapi aku x mampu. Aku tidak kuat. Semua org kata menangis itu x baik utk mereka yg sdh pergi.. tp aku masih x mampu utk menahan drpd menangis. Kenapa?

Kerana..aku masih tertanya2.. lepas ini aku mau hantar makanan dgn siapa, pa? Sdgkan sblm ni..aku slalu dtg ke rumah bapa utk hantar beberapa jns lauk utk santapan beliau. Mungkin aku jht sbb aku cuma niat utk bg bapa aku sj..bkn abg2 aku yg ada d sna..

Ok..mst kmu hairan kenapa perlu aku hntr makanan sdgkan ada jga abg2 aku yg lain. Itu..terpulang pd pemikiran masing2 utk menganggap apa shj..yg pastinya...aku bt smua itu krna syg pd bapa ku.

Aku critakan sdikit pengalaman aku dgn beliau sblm hari kejadian. Sbgi pembuka crita..selepas shj PRU 13 tempoh hari, aku sdh mula tercari2 dia. Awal pagi lg aku dtg jenguk ibubapaku d flat yg mereka tgl. Bapa aku trs tersenyum dan penuh smgt bcerita psl pengalaman beliau mengundi. Masing2 rsa bahagia. Lebih2 lagi bila mendapat khabar yg abg iparku menang dan jadi Ahli Parlimen.  Dia mengucapkan syukur. Katanya...dia x henti2 berdoa utk ank menantunya itu. Syukur Alhamdulillah, pa..doamu termakbul. Cita2 menantu mu itu termakbul dan harapan bapaku jg semoga kejayaannya dpt dikongsikan bersama...wlu sbnrnya hati kecilku tahu...itu mustahil tp aku cuma membalas dgn kata2 yg tidak mengecewakan beliau. Aku ckp...ya jgn risau. Dia x akn lupakan kluarga kita..mst dia akn tlg. Bapa ku jga ada ckp ttg janji menantunya bt beliau ttg Haji... dpt aku lihat dr sinaran matanya yg dia sungguh2 berharap. Insha Allah, pa..cita2mu akan tercapai biar bapa sdh tiada. Aku janji utk berusaha agar cita2mu tercapai. INSHA ALLAH.

begitu la aku pd hari2 seterusnya. Aku terasa slalu ingin dtg menjenguk beliau. Bkn siapa2. Bkn mama aku..bkn abg2 aku mahupun ank2 buah aku. Tp hati aku cuma ingin melawat beliau.

Namun ada beberapa hari seterusnya..aku x dtg lagi. Sbb suamiku terlalu sibuk bekerja dan aku pula terlalu sibuk membantu kakakku. Shinggalah pada hari kakakku ke KL...klu x silap pd 25hb mei... aku kembali punya ruang utk melawat bapaku.

Hari pertama aku dtg... aku lihat bapaku terbaring d atas lantai. Mungkin dia penat. Sbb dia mmg sdh uzur. Wlu masih mampu bjalan dan bt pkerjaan rmh tp ttp aku dpt lihat betapa uzurnya dia. Dtg sj aku..mama aku trs memanggil bapaku dan mengatakan aku sdh dtg. Masih aku igt ayat pertamanya... "eh fara.. lama sdh dtg?" Trs wajahnya tersenyum gembira. Aku trs menghulurkan 2 plastik bungkusan makanan. Aku pgl ank buahku supaya sediakan utk bapaku.  Crita2 skjp kmudian aku bawa mama aku jln2.

Esoknya aku dtg lg... dan begitu la hari2 seterusnya. Aku dtg lagi dgn makanan2 yg aku beli direstoran berdekatan. Pd hujung minggu pl aku dtg awal pagi dan hntr soto serta lauk2 lain. Dlm hatiku..aku mau bapaku sentiasa mkn yg sedap. Ternyata rupanya itu merupakan tanda2 beliau ingin meninggalkan kami smua bt selamanya.

Sehinggalah ke suatu hari..aku x dtg pd sblh pagi. Mlm bru aku berkesempatan utk dtg. Aku sempat masak nasi dan beberapa lauk utk dia. Ya Allah sesungguh Engkau Maha Mengetahui dan Maha Penyayang...kerana engkau terlalu sayang pd ayahku..Kau bukakan hati aku utk membuat santapan terakhir bt bapaku. Sungguh aku mengagungiMu Ya Allah.

Ya..itu lah santapan terakhir dr aku bt bapa...aku btul2 x mampu lupakan saat itu. Sempat aku singgah wmke KFC beli beberapa ketul ayam. Aku tahu bapa aku paling minat ayam KFC. Pd ketika itu hari hujan renyai2... biasanya aku ni mls turun atau singgah ke mana2 klu hujan tp mlm itu smua mampu ku redah. Kuasa Allah..tidak siapa mampu menghalang. Dia buka hati aku agar bagi peluang kepada bapaku merasa lauk2 kegemaran beliau..

Smpi shj aku d sna..bapa aku mengatakan beberapa kekecewaannya terhadap abg2ku. X perlulah aku critakan dgn lebih lanjut ttg itu. Tp cukuplah aku katakan...airmatanya mengalir. Aku mengosok belakang bapaku utk beri dia ketenangan. Aku jg bagi isyarat pd abg2ku supaya diam... lalu aku mengangkat kembali makanan yg aku bawa dan bawa bapaku kluar dr sna. Aku pimpin dia turun tangga. Stiap kali turun..nafas dia turun naik. Aku suruh dia berehat dan urut2 blkg. Sesampai di bawah skali..katanya dia mahu jln sdri. Aku memperlambatkan lgkh sbb aku tahu kaki bapaku sakit. Tapi dia pula mahu percepatkan lgkh. Aku tahu niatnya x mahu myusahkan anknya kerana langkahnya yg lmbt. Sbnrnya..  aku x kisah pun. Sbb aku tahu kaki dia sakit. Aku balik2 igtkan bapaku utk perlahankan lgkh.

Kemudian..aku hntr beliau ke rumah abgku. Ke rumah abg aku ni pun perlu naik tgga. Tercunggap2 jg bapa aku naik. Aku menyokongnya dr blkg. Smpi shj d rmh abgku...dgn pantas abg aku ambil air dan mghulur pada bapaku. Lalu aku critakan sgalanya. Dan abg aku x membenarkan bapa aku utk plg lagi ke rmh abg2 ku yg satu lg. Syukur..aku tahu pd mlm itu bapa aku pasti berasa selesa....

Namun keesokannya... awal pagi lg abgku menghantar text. Katanya... bapa mahu minta tlg aku bawakan dia ke bank..dia mau ambil duit dan mahu ke pasar sbb mama ku mau plg. Aku balas..aku x dpt sb hari ni aku perlu hantar seorg abg ku ke airport dan kemudian perlu packing barang suamiku kerana dia juga akn ke KL ptf itu. Aku kmudian minta abgku contact kakak kmi yg tua. Syukur alhamdulillah... kakakku punya ruang. Jd pd hari itu bapa aku sempat bjalan2 dgn mama, kakak dan abg aku. Menurut crita mereka..bapa aku ajak makan soto. Dia juga terasa mahu minum cola tp dihalang oleh kakakku krna tkt akn kesihatan beliau. Jd bapa ku ckp.."minum teh la" hehe...

Tp kuasa Allah tiada siapa mampu halang. Mlm itu dtg pl bekas menantunya ke rumah dgn membawa lauk2 kegemaran bapaku... ikan bakar dan chicken wing...dan COLA. Ya Allah... niat bapaku termakbul lgi. Dia dpt minum cola wlu segelas. Aku pla x dtf pd hari itu kerana kesihatan aku x berapa baik. Lalu aku minta bantuan mertuaku utk jga ank aku dan bawakan dia tidur dan minta bantuan kakak iparku utk mghantar aku ke klinik.

Ya Allah..di sana lah bermulanya cerita... bru shj buka pagar..aku mendapat panggilan telefon dr kakak ku. Katanya bapa jth pengsan. Dgn pantas aku katakan pd kakak iparku sambil nangis2 lg supaya hntr aku ke rmh bapaku. Aku telefon abgku pl. Aku
Ckp mau tahu situasi bapa ku saat ini... katanya mereka dibantu paramedik dan sdg tunggu ambulan. Sesampai sj aku...Ya Allah..aku lihat badannya seolah2 mati. Air liurnya mengalir keluar. Matanya sedikit terbuka.. aku memanggil2 dia... ku lihat airmatanya mengalir. Tapi x mampu berbuat apa2. Dia x bergerak mahupun bercakap  aku panggil lagi..aku bisik ke telingganya..dia menyahut "hmm" aku tahu dia berusaha hati utk myahut. Aku sapu airmatanya wlu ketika itu aku juga deras menangis.

Tidak lama kemudian ambulan dtg.. beliau terus diangkat ke hospital damai. Kami menunggu dgn niat dan harapan agar bapaku pulih dan tiada apa yg serius. Beberapa jam berlalu... kakak iparku ckp sementara waktu dia mahu bawa aku ke klinik...sbb aku juga kurg sihat. Lps dr mdapat rwtn doktor..aku dtg lg ke hosp.. blm ada kptsn dan doktor ingin mengunakan ct scan pl... akhirnya aku plg pd jam 2am... kakak2ku suru aku berehat.

Pd pagi subuh..aku mendapat sms..   mmg pd hari itu aku lgsg x tdr. Rasanya mahu berkali2 aku kluar bilik dan memerhati pagar rmh..aku terasa bapaku dgn gembira memberitahu aku bahawa dia sdh sihat..dia x sakit dan dia kelihatan muda. Aku terasa seolah2 bayangan itu benar. Namun...menurut sms kakak ku... bapaku sdg koma. Dia mengalami brain damage. Dia x boleh dibedah dan jika dia survive dlm 48hrs itu dikira miracle. Ya Allah.......airmata deras mengalir.

Sesampai shj d hosp...aku balik2 memujuk pihak hospital agar bg kebenaran utk aku menemui bapaku. Lbh kurg jam 12 aku dpt masuk... aku x mampu menahan airmata melihat keadaan dia. Di sambung bantuan pernafasan... di cucuk sna..cucuk cni... sdgkan aku tahu bapaku paling tkt jarum dan ubat2 hosp.

Aku balik2 igtkan doktor tersebut..aku ckp bapa aku rasa sakit ka tu ar sbb dia tkt jarum... doktor ckp dia x rsa apa2 sbb kami bg dia ubat tdr.

Mlm itu aku dtg lg... smua kmi dtg... masing2 membacakan yassin. Ank buahku pula asl masuk waktu solat, dia membantu bapaku utk mengambil wudhuk. Wlupun bapaku terbaring x sedar apa2..tp ank buahku ttp buat. Dan membisikkan ke telinga beliau utk memberitahu sdh masuk waktu solat.

Aku plg ke rumah sebentar...bila teringatkan ank ku juga sakit. Namun...pd sekitar jam 12lbh tgh mlm... abgku telefon..suru aku dtg hosp. Aku trs menangis...dgn pantas ke hosp. Aku lihat heartbeat sdh menurun. Kemudian smua adik bradik ku smpi... dtg jg yg dr jauh... smua sdh ada... kmi hanya melihat heartbeat melalui mesin..kerana wajah bapaku tetap tenang. Dan dia tetap kelihatan segar dan wangi. Seoalah2 baru mandi..baru lepas berwudhuk. Ya Allah aku sdh pasrah utk melepaskan beliau pd saat itu
. Masing2 mereka membisikkan pd bapaku... hanya aku..tiada kata mampu keluar. Hatiku shj merintih..aku berkata2 dlm hati. Aku meminta ampun dan maaf tp x ada sepatah ayat pun kluar dr mulutku..hanya hati shj mampu bkata. Aku menangis dan memeluj dia..mencium pipi bapa ku yg sdh sejuk. Dia berbau wangi...

Dan tiba2.... disebalik wajah bapaku yg tenang itu... mesin sdh menjadi 0........ dan hanya kelihatan smua garis berubah menjadi ------------

Aku trs menangis dan menangis. Inikah pengakhirannya.tnp menunggu lagi aku trs memanggil doktor... 3x doktor cuba bt ujian... keputusan tetap sma... dan dgn beray hati doktor katakan... im sorry...  Ya Allah...  innalillahwainallillahirohjiun....
Bapaku telah pergi...menemui Mu Ya Allah.

Seawal pagi lagi kami bergerak ke papar... menungguh kedatangan bapaku utk dimandikan..dikapankan dan disembahyangkan. Rezeki bapaku mmg melimpah ruah..Allah benar2 menunjukkan kasihNya pd bapaku... sgala urusan kami berjalan lancar. Dr mencari kereta jenazah..di mana 3 van menawarkan diri utk membantu... smpi shj dipapar sgalanya sdh tersedia... rmi org2 kampung bersedia.. dan yg paling aku kagumi lagi... tempat permandian jenazah itu baru. Mereka sdh bt 3 bulan yg lalu utk penghuni2 d kg sri tanjung. Dan ternyata bapaku penggunanya yg pertama. Allah menyediakan sebaik2 mungkin bt bapaku. Terima kasih Ya Allah.

Menurut crita org yg memandikan beliau.... kata mereka seolah2 bapaku sdh dimandikan. Wajahnya ceria dan tersenyum. Kulitnya bersih dan berbau wangi. Jirus yg pertama, tidak ada satu najis pun yg kluar... katanya... kmu lihat lah amal beliau..kmu sdri nmpk di hadapan kmu..jirusan kedua ini. Tetap x ada satu najis pun terlihat malahan air itu tetap bersih. Sungguh aku bersyukur dan bangga pd bapaku. Dia pergi dgn membawa maruah yg tidak ada bandingannya.

Saat dia dikapankan..smuanya berjalan dgn lancar. Tetap mukanya kelihatan senyum. Tidak ada seekor lalat pun berani hinggap dkain kapannya. Bapaku yg begitu besar pun tetap kelihatan terlalu ringan.

Hujan menjadi semakin2 menggila. Kami meneruskan jga perjalanan ke kawasan pengebumian... sgalanya sdh tersedia.. org2 kampung yg kami x knl pun ada..membantu persediaan persemadian. Rahmat Allah..pd saat bapaku ingin dikeluarkan dari van jenazah...hujan yg lebat menggila tiba2 terhenti... perjalanan ke tmpt psemadian bjalan lancar tanpa setitis hujan. Shingga la kami smpi d sana... kubur bapaku seolah2 tidak basah..seoalh2 tidak disentuh hujan. Ya Allah sungguh Engkau sayang bapaku. Smuanya berjalan lancar dan pantas. Aku melihat dia.. mukanya d buka utk menghadap kiblat. Ya Allah..tersenyum bapaku seolah berbaring di atas tilam yg empuk dan selesa...  seolah2 dia sdh berada dirumahnya. Airmataku deras mengalir.... selesai shj tanah menutupi rumah bapaku...  hujan terus turun dgn deras. Skali lagi aku benar2 bangga pd bapaku... hujan pun tkt menyentuhnya.... tapi menangisi pemergian org sebaik dia d bumi ini...

Sgalanya berjalan lancar... aku sdh melangkah pergi..tp kemudian aku melangkah balik ke rumah bapaku... aku katakan aku syg padanya...aku mungkin x dpt hantar makanan lagi dgn bapa tp aku tahu bapa sgt syg mama dan aku ttp jaga isteri kesayangan bapa. Itu kataku dlm hati.

Bercerita sedikit ttg bapaku.. 
Dia org Banjar. Slalu bcakap soal agama. X suka meminta2... dan slalu menutup aib anak2nya...dia juga slalu memuji2 anknya wlu dia x prnh hidup selesa spt ank2nya...
Dia x prnh skalipun tgl sembahyang..x prnh tgl puasa 6... semasa dia terkena angin ahmar dlu pun dia x pernah tgl sembahyangnya.... cintanya pd agama terlalu tinggi. Dan amalnya itu diperlihatkan pd kami...dan juga org2 kampung yg sblm ni x knl bapaku... kami bukan berasal dr papar. Kakak aku tgl di papar krna berkahwin org sna..amatlah jrg jika org yg x dikenali meninggal yg bkn berasal dr kampung twrsebut tp rmi2 diuruskan oleh org kampung sana sdgkan mereka x knl siapakah bapaku.kiranya rezeki bapaku dpt disemadikan di sna. Sungguh Engkau menyayangi bapaku..ya Allah.

Hari ini...aku masih begini. Aku x mampu menahan tangisan.  Skjo2 menangis. Aku terasa ingin dtg pd bapaku spt hari2 sblmnya..bawakan dia makanan dan melihat senyuman cerianya.